Welcome to TSDAS Library | Your last login: 15 September 2026 @ 4:37 am

JOM BACA: SATU CERITA, SATU INSPIRASI DIKONGSI BERSAMA SESI SEPTEMBER 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi, Open University Malaysia (OUM) menjemput warga OUM/METEOR, pelajar OUM serta ahli keluarga untuk bersama-sama memeriahkan Program Jom Baca: Satu Cerita, Satu Inspirasi dikongsi Bersama bagi Sesi September 2026.

πŸ“– Tema September : Travelog, Pengalaman dan Inspirasi

πŸ“… Tarikh : 29 September 2026 (Selasa)
⏰ Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Tempat : Aras 2, Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi, OUM

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi bahan bacaan yang menarik, bermakna dan mampu memberikan inspirasi kepada orang lain, di samping menyemarakkan budaya membaca serta memperluas perkongsian ilmu dan pengetahuan.

🎀 INGIN MENJADI PESERTA PERKONGSIAN?
Jom tampil berkongsi bahan bacaan pilihan anda berdasarkan tema Travelog, Pengalaman dan Inspirasi!
πŸ”Ή Terbuka kepada semua staf OUM/METEOR, pelajar OUM serta ahli keluarga
πŸ”Ή Tempoh perkongsian: maksimum 20 minit
πŸ”Ή Penyertaan terhad kepada 4 peserta sahaja
πŸ”Ή Sijil penyertaan dan cenderahati menarik disediakan 🎁
πŸ“ Daftar sebagai peserta di sini / scan QR di dalam poster.

Daftar sebagai peserta

πŸ‘₯ INGIN HADIR SEBAGAI PENGUNJUNG?
Sila buat pengesahan kehadiran melalui link yang disediakan di bawah bagi memudahkan urusan pendaftaran dan penyelarasan kehadiran.

Daftar sebagai pengunjung

πŸ“Œ Tarikh tutup pendaftaran peserta dan pengunjung : 27 September 2026, Ahad

🌟 Ayuh sertai kami!
Jadikan setiap bacaan sebagai satu cerita, satu perkongsian dan satu inspirasi yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. β€οΈπŸ“š Penyertaan adalah secara Percuma sahaja.

Untuk pertanyaan:
πŸ“± Puan Rohana Hussin – WhatsApp: 010-522 1925
πŸ“§ rohana@oum.edu.my