Welcome to TSDAS Library | Your last login: – . Click here to Login myOUM

KLINIK KEMAHIRAN MAKLUMAT PERPUSTAKAAN SESI SEPTEMBER 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi akan menganjurkan Klinik Kemahiran Maklumat untuk semua pelajar baharu sesi September 2024. Oleh itu kepada pelajar yang berminat, anda dijemput untuk menyertai Klinik ini secara atas talian (online).

Objektif Klinik ini diadakan adalah bertujuan untuk menambahkan kecekapan pencarian bahan perpustakaan untuk tugasan anda.

Sila pilih tarikh berikut bagi menyertai Klinik Kemahiran Maklumat :

SESI 16/2024
Tarikh: 26 September 2024 (Khamis)
Masa: 10.00pg -11.30pg
Link Pendaftaran : https://forms.gle/x4DGFYCP4kc9DYyX8

SESI 17/2024
Tarikh: 2 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 10.00pg -11.30pg
Link Pendaftaran : https://forms.gle/q2KsnDeZKhraQoK86

SESI 19/2024
Tarikh: 18 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa: 10.00pg -11.30pg
Link Pendaftaran : https://forms.gle/f8LHE4ApMUJ924Yv6

Pelajar yang ingin menyertai bengkel ini sila Klik LINK PENDAFTARAN mengikut sesi yang dinyatakan di atas untuk mendaftar. Pelajar boleh memilih salah satu tarikh berkenaan mengikut kelapangan.

Platform: Aplikasi Google Meet (terhad kepada 20 peserta sahaja)

Kemahiran yang akan dipelajari didalam klinik ini:

1. Teknik pencarian bahan perpustakaan menggunakan Discovery Service, Database, I-repository, Advanced search berdasarkan kepada soalan tugasan pelajar.
2. Pencarian bahan seperti buku elektronik (ebook), buku bercetak, artikel jurnal, cara mendapatkan citation untuk  tugasan.
3. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan (Interlibrary Loan, IntraLibrary Loan, Document Delivery Service).
4. Pencarian maklumat melalui peranti elektronik mudah alih (telefon pintar & tablet)

Pautan Google Meet untuk menyertai Klinik Kemahiran Maklumat ini akan diemelkan kepada semua pelajar yang mendaftar.

Hubungi kami melalui WhatsApp di talian 019-260 0146 untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.