Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi, Open University Malaysia (OUM) ingin memaklumkan bahawa Program Jom Baca: Satu Cerita, Satu Inspirasi Dikongsi Bersama akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 11.30 tengah hari
Tempat: Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi, OUM
Tema Bulan Julai: Fiksyen
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman membaca serta memperkenalkan karya-karya fiksyen yang menarik, bermakna dan memberi inspirasi. Program ini juga bertujuan menyemarakkan budaya membaca, memperluaskan perkongsian ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga OUM/METEOR, pelajar dan ahli keluarga.
Tempat adalah terhad kepada 50 orang pengunjung. Sehubungan itu, semua yang berminat untuk menghadiri program ini sebagai pengunjung adalah dipelawa untuk mengesahkan kehadiran melalui pautan Borang RSVP Pengunjung atau dengan mengimbas Kod QR yang disediakan pada poster program.
Semoga program ini menjadi platform yang bermanfaat untuk berkongsi ilmu, memupuk budaya membaca serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga OUM/METEOR, pelajar dan keluarga.
Ayuh sertai kami dan jadikan setiap bacaan sebagai satu perkongsian yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Rohana Hussin
WhatsApp: 010-522 1925
E-mel: rohana@oum.edu.my
Sekian, terima kasih.
