Jom bersama-sama memeriahkan Program Jom Baca: 1 Cerita, 1 Inspirasi β Sesi November 2026 anjuran Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi, Open University Malaysia (OUM)!
π
Tarikh: 24 November 2026 (Selasa)
β° Masa: 10.00 β 11.30 pagi
π Tempat: Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi, OUM
π Tema Bulan November: Kesusasteraan
Program ini sekali lagi membuka ruang kepada para peserta untuk berkongsi bahan bacaan dan menghayati keindahan dunia kesusasteraan melalui pelbagai karya seperti novel, cerpen, puisi, sajak, drama dan karya kreatif yang lain.
Melalui perkongsian ini, para peserta berpeluang mengetengahkan keunikan sesebuah karya, menghayati keindahan bahasa, menyelami pemikiran serta mesej yang ingin disampaikan oleh penulis, di samping mengupas nilai-nilai murni dan pengajaran yang boleh dijadikan inspirasi dalam kehidupan.
Program ini juga bertujuan menyemarakkan budaya membaca, meningkatkan apresiasi terhadap karya sastera, memperluas perkongsian ilmu dan pengalaman serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga OUM/METEOR, para pelajar dan ahli keluarga.
Ayuh hadir dan sama-sama memeriahkan perkongsian yang penuh inspirasi! Bersama-sama kita hayati keindahan kesusasteraan kerana setiap karya mempunyai cerita, setiap cerita membawa makna dan setiap makna mampu mencetuskan inspirasi.
π Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Rohana Hussin melalui:
π± WhatsApp: 010-522 1925
π§ Emel: library@oum.edu.my