Welcome to TSDAS Library | Your last login: – . Click here to Login myOUM

KLINIK KEMAHIRAN MAKLUMAT PERPUSTAKAAN SESI MEI 2024

Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi akan menganjurkan Klinik Kemahiran Maklumat untuk semua pelajar baharu sesi Mei 2024. Para pelajar dijemput untuk menyertai Klinik ini secara atas talian.

Klinik ini bertujuan untuk membantu anda meningkatkan kecekapan dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan untuk tugasan anda. Klinik akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

SESI 13/2024
Tarikh: 10 Julai 2024 (Rabu)
Masa: 10.00pg -11.30pg
Daftar : Borang Pendaftaran
SESI 14/2024
Tarikh: 20 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 10.00pg -11.30pg
Daftar : Borang Pendaftaran
SESI 15/2024
Tarikh: 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 10.00pg -11.30pg
Daftar : Borang Pendaftaran

 

Pelajar yang ingin menyertai klinik ini boleh mendaftar pada borang pendaftaran yang disediakan diatas. Pelajar boleh memilih salah satu tarikh berkenaan mengikut kelapangan.

Platform: Aplikasi GMeet (terhad kepada 20 peserta sahaja)

Kemahiran yang akan dipelajari:

1. Teknik pencarian bahan perpustakaan menggunakan Discovery Service, Database, I-repository, Advanced search berdasarkan kepada soalan tugasan pelajar.

2. Pencarian bahan seperti ebook, buku bercetak, artikel jurnal, cara mendapatkan citation untuk Kertas Projek, tugasan dan lain-lain.

3. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan (Interlibrary Loan, IntraLibrary Loan, Document Delivery Service).

4. Pencarian bahan melalui peranti mudah alih.

Link Google Meet untuk menyertai Klinik Kemahiran Maklumat ini akan diemelkan kepada semua pelajar yang mendaftar. Hubungi kami melalui WhatsApp di talian 019-260 0146 untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.